SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Wednesday, June 8, 2011

PERJUANGAN!

“Elya,kalau kau ade ilmu tapi kau tak sebarkan pada orang lain x bermakna apa-apa. Tujuan kita hidup kat bumi ini sebab apa? Pertama,Beribadah padaNya dan kedua, paling penting menjadi khalifah di muka bumi. Selagi tak tertegaknya Islam kat muka bumi ini, selagi itu kita mesti berjuang…berjuang menegakkan Islam.

“Selagi keluarga kita belum sepenuhnya dapat mengamalkan Islam secara syumul tak bermakna apa-apa kebaikan yang ada pada kita!”

“Sekarang ramai orang tak malu melakukan maksiat. Buat benda-benda tak elok pandang sebelah mata je!” dengus Pak Teh.

Kalau kita asyik nak menegur dengan hati je, sampai bila? Cuba fikir…Sampai bila kita asyik nak tegur dengan hati je… Kadang-kadang menegur secara lisan itu adalah lebih baik bukan?”. ujar Pak Teh.

Elya humaira tertunduk sepi..akur dengan apa yang di dengar..cukup tersentuh hati. Setiap bait kata yang keluar dari mulut pakciknya itu ada benarnya.Elya betul-betul tersentak. Dia tidak menyangka perbincangan yang tidak dirancang menjadi begitu hangat sekali pada malam itu. Padahal diawal perbualan bukan perkara ini yang menjadi topik utama.

Sebenarnya bagi Elya, perkara dakwah bukanlah sesuatu yang baru baginya. Dia pernah mendengar kakak usrahnya bercakap tentang hal seperti itu. Dia faham benar dengan tuntutan agama untuk berdakwah. Usia ditarbiyah hampir mencecah 4 tahun. Tetapi, belum ada sesuatu yang boleh dibanggakan. Benarlah kata orang, usia ditarbiyah tidak menjanjikan apa-apa…kerana usia ditarbiyah juga tidak dapat mengukur keimanan seseorang hambaNya.

Ya,memang benar! Seakan hatinya mahu menjerit kesedihan…dia melihat dirinya kurangnya kesungguhan, kurang perancangan, memang mudah untuk berkata-kata sesuatu yang benar,tetapi amat payah untuk melaksanakannya. Dia mahu keluar dari kepompong karat-karat jahiliyah yang ada dalam dirinya. Dia cuba….

Tanpa disedari, air matanya gugur juga membasahi pipi…dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya ketika itu. Walaupun masih berhadapan dengan pakciknya.

Mengimbau kembali janji sebelum kembali ke rumah, azamnya mahu cuba sedaya upaya mengajak keluarga, terutama adik-adiknya menuju ke jalan yang benar, jalan yang lurus, jalan untuk sama-sama berbuat kebaikan, menuju JannahNya. Kerana matlamatnya dia tidak mahu hanya berkasih-kasihan hanya di dunia tetapi mahu selama-lamanya di akhirat kelak.

Ohh…di manakah kekuatan itu? Selemah itu iman dan hati hambamu Ya Allah. Diuji sedikit dengan kesenangan dunia, hatinya cepat beralih arah. Dicuba kembali mencari kekuatan, dia berazam mahu mengajak ahli keluarganya kepada sesuatu yang lebih baik…Ya! Jalan yang dimana sedikit orang yang melaluinya.

Dia teringat, seorang akhwat pernah memberikan kata-kata semangat kepadanya apabila dia merasa payah untuk berbuat kerja-kerja dakwah.
“ Elya, jalan dakwah ni…memang sukar…kita kena melakukannya secara berjemaah, barulah kita ada kekuatan.Sedangkan Nabi sendiri melakukan dakwah secara berjemaah bersama para-para sahabat yang lain. Rasullullah sendiri tidak dihidangkan dengan kesenangan dan ‘red carpet’ apabila menjalankan kerja-kerja dakwah, malah Nabi sendiri dicaci, dimaki dan dilayan secara teruk oleh masyarakat Jahiliyah ketika itu.”

Elya tersenyum. Teringat kembali kata-kata semangat yang pernah diucapkan oleh rakan seperjuangannya. Dia akur, sedangkan seorang Nabi yang bertaraf maksum juga diuji apatah lagi dirinya manusia biasa.

Dia juga teringat kata-kata daripada Samuel Jonhson,

“Kerja yang cemerlang tidak dihasilkan oleh kekuatan, tetapi oleh kesabaran.”


“Kesabaran itu pahit, tetapi buahnya manis”. (Peribahasa Perancis)

Dia yakin, dia mampu.

Dia yakin, Allah akan membantu sesiapa sahaja yang membantu agamaNya.. =)

No comments: