SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Wednesday, June 8, 2011

PERJUANGAN!

“Elya,kalau kau ade ilmu tapi kau tak sebarkan pada orang lain x bermakna apa-apa. Tujuan kita hidup kat bumi ini sebab apa? Pertama,Beribadah padaNya dan kedua, paling penting menjadi khalifah di muka bumi. Selagi tak tertegaknya Islam kat muka bumi ini, selagi itu kita mesti berjuang…berjuang menegakkan Islam.

“Selagi keluarga kita belum sepenuhnya dapat mengamalkan Islam secara syumul tak bermakna apa-apa kebaikan yang ada pada kita!”

“Sekarang ramai orang tak malu melakukan maksiat. Buat benda-benda tak elok pandang sebelah mata je!” dengus Pak Teh.

Kalau kita asyik nak menegur dengan hati je, sampai bila? Cuba fikir…Sampai bila kita asyik nak tegur dengan hati je… Kadang-kadang menegur secara lisan itu adalah lebih baik bukan?”. ujar Pak Teh.

Elya humaira tertunduk sepi..akur dengan apa yang di dengar..cukup tersentuh hati. Setiap bait kata yang keluar dari mulut pakciknya itu ada benarnya.Elya betul-betul tersentak. Dia tidak menyangka perbincangan yang tidak dirancang menjadi begitu hangat sekali pada malam itu. Padahal diawal perbualan bukan perkara ini yang menjadi topik utama.

Sebenarnya bagi Elya, perkara dakwah bukanlah sesuatu yang baru baginya. Dia pernah mendengar kakak usrahnya bercakap tentang hal seperti itu. Dia faham benar dengan tuntutan agama untuk berdakwah. Usia ditarbiyah hampir mencecah 4 tahun. Tetapi, belum ada sesuatu yang boleh dibanggakan. Benarlah kata orang, usia ditarbiyah tidak menjanjikan apa-apa…kerana usia ditarbiyah juga tidak dapat mengukur keimanan seseorang hambaNya.

Ya,memang benar! Seakan hatinya mahu menjerit kesedihan…dia melihat dirinya kurangnya kesungguhan, kurang perancangan, memang mudah untuk berkata-kata sesuatu yang benar,tetapi amat payah untuk melaksanakannya. Dia mahu keluar dari kepompong karat-karat jahiliyah yang ada dalam dirinya. Dia cuba….

Tanpa disedari, air matanya gugur juga membasahi pipi…dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya ketika itu. Walaupun masih berhadapan dengan pakciknya.

Mengimbau kembali janji sebelum kembali ke rumah, azamnya mahu cuba sedaya upaya mengajak keluarga, terutama adik-adiknya menuju ke jalan yang benar, jalan yang lurus, jalan untuk sama-sama berbuat kebaikan, menuju JannahNya. Kerana matlamatnya dia tidak mahu hanya berkasih-kasihan hanya di dunia tetapi mahu selama-lamanya di akhirat kelak.

Ohh…di manakah kekuatan itu? Selemah itu iman dan hati hambamu Ya Allah. Diuji sedikit dengan kesenangan dunia, hatinya cepat beralih arah. Dicuba kembali mencari kekuatan, dia berazam mahu mengajak ahli keluarganya kepada sesuatu yang lebih baik…Ya! Jalan yang dimana sedikit orang yang melaluinya.

Dia teringat, seorang akhwat pernah memberikan kata-kata semangat kepadanya apabila dia merasa payah untuk berbuat kerja-kerja dakwah.
“ Elya, jalan dakwah ni…memang sukar…kita kena melakukannya secara berjemaah, barulah kita ada kekuatan.Sedangkan Nabi sendiri melakukan dakwah secara berjemaah bersama para-para sahabat yang lain. Rasullullah sendiri tidak dihidangkan dengan kesenangan dan ‘red carpet’ apabila menjalankan kerja-kerja dakwah, malah Nabi sendiri dicaci, dimaki dan dilayan secara teruk oleh masyarakat Jahiliyah ketika itu.”

Elya tersenyum. Teringat kembali kata-kata semangat yang pernah diucapkan oleh rakan seperjuangannya. Dia akur, sedangkan seorang Nabi yang bertaraf maksum juga diuji apatah lagi dirinya manusia biasa.

Dia juga teringat kata-kata daripada Samuel Jonhson,

“Kerja yang cemerlang tidak dihasilkan oleh kekuatan, tetapi oleh kesabaran.”


“Kesabaran itu pahit, tetapi buahnya manis”. (Peribahasa Perancis)

Dia yakin, dia mampu.

Dia yakin, Allah akan membantu sesiapa sahaja yang membantu agamaNya.. =)

Sunday, May 29, 2011

Alhamdulillah ~



Alhamdulillah bersyukur pada Allah atas kekuatan yang diberikanNya akhirnya sampai juga aku di bumi Mersing dengan selamat.

Perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam akhirnya aku sampai ke rengit menghantar ru8 yang setia menemani perjalanan yang jauh dari Besut.

Melepaskan lelah dirumahnya semalaman dan keesokan hari, pagi2 lagi aku sudah berangkat ke Mersing... :)

Perjalanan seorang diri untuk kali pertama agak mencabar, tetapi aku kuatkan hati untuk memandu. Melalui Parit Botak dan akhirnya terus ke Kluang dan hinggalah ke Mersing. Memecut selajunya supaya lebih cepat dapat merungkaikan rindu yang terpendam sekian lama ")

Wednesday, April 20, 2011

Kenangan di SKKN






Alhamdulillah, baru sahaja tamat berpraktikal di SKKN bersama lima rakan-rakan yang lain yang sangat sporting :)

InsyaAllah, segala ilmu dan bakti yang telah dikutip dan dicurahkan dari guru-guru SKKN akan dikenang sepanjang zaman. Kepada guru pembimbing En Amri b. Awang Omar segala ilmu dan komitmen yang diberikan oleh cikgu saya dahului dengan ucapan terima kasih :) Semoga cikgu akan terus gemilang pada masa hadapan.

Kepada Pelajar-pelajar yang cikgu sayang sekalian, cikgu mengharapkan dengan doa dan harapan, kamu semua menjadi insan-insan yang berguna bukan sahaja kepada masyarakat dan negara tetapi juga kepada Agama ye. Cikgu sayang kamu semua.

Terima kasih juga nk ucap pada rakan-rakan praktikum yang lain iaitu Nur Hatiqah,Kak Syikin, Kak Fatira, Zul n Ashraf kerana telah menjadi rakan praktikum yang supportive dan menyerikan praktikal di SKKN selama sebulan.InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi semester depan =)

Kesimpulannya, memang sangat best praktikal di SKKN dan seronok berjumpa dengan semua warga SKKN yang baik2 belaka. Semoga SKKN terus maju!

Sedikit gambar untuk dikongsi~

Amali Ikan Hiasan bersama 5 Pintar


latihan nasyid :)

hari terakhir bersama mereka..


4 Bestari yang riang...




p/s : Tahniah kepada group Nasyid SKKN kerana berjaya merangkul tempat pertama :)

Sunday, March 27, 2011

Praktikum Fasa 1


Salam~

BICARA HATI

Kau hadir tanpa dipinta
Anugerah terindah dari Pencipta
Hadirku 'menggintai' si intan permata
Sudilah kiranya kamu menerima

Harapanku
Kamu menerimaku tanpa soal bicara
Tutupilah apa yang kurang pada pandangan mata
Agarku bisa mesra bersama

Tidak ku pinta layanan apa-apa
Ku bukan anak si putera raja
Kini
Ku menghitung masa
Menanti saat kita bertentang mata
Buatmu warga SK Kampung Nangka ♥

credit to: Nur Hatiqah Wakanan

Wednesday, March 16, 2011

Shuqran...

Sabtu yang lepas gerak ke KL untuk hantar mira n ateh ke Kursus MOkhdar bersama 2 orang sepupu. On da way balik, kami ke Hospital Sg.Buloh tgk Syuqran. Syuqran di masukkan ke dalam ICU suda 19 hari termasuk hari ni. Sedih, pilu hati saya tengok keadaan die. X berkesempatan nk ambil gambar...Tragis sgt tengok keadaan die macam tu..

Kisah Shuqran..

An naik moto berhenti di traffic light.Semasa berhenti di traffic light,ade lori pasir bersaiz besar di belakang dengan laju telah melanggar shuqran semata-mata untuk mengejar lampu hijau. Kesannya, Shuqran telah dilanggar, menyebabkan tiga tulang rusuk telah patah. Limpa pecah dan sebagainya.

Saya sendiri cuba tahan air mata dr mengalir, tapi akhirnya tumpah juga..tgk afiq menenangkan shuqran..hati saya semakin sebak. Ni rentetan perjalanan perubatan shuqran..

2 weeks ago

Salam... Along Syuqran buat masa ini berada di dlm keadaan stabil tapi masih belum sedarkan diri. Dr dah buat scan di bhgn abdomen tgh tadi di tmpt pembedahan membuang Limpa di buat. Result scan tadi di ketahui lewat ptg tadi dimana ada terdapat 'collection' (cecair yg terdapat selepas pembedahan) masih terdapat di kawasan bekas bedah. Hasil gambar scan tersebut telah di serahkan pd pakar radiologi yg akan penilaian mlm ni samada cecair tersebut adalah cecair biasa selepas pembedahan atau nanah. Andai cecair itu nanah, pembedahan mgkn terpaksa di lakukan semula utk keluarkan nanah itu. Tpi itu hanya andaian klau itu nanah. Dr juga akan lakukan CT Scan mlm ni pd otak along Syuqran utk menilai tahap pendarahan dalaman. Saya ada melihat gambar scan di otak along Syuqran ptg tadi, menurut Dr pakar neurologi, hanya sedikit berlaku pendarahan di situ. Seandainya semasa lepas kemalangan tempohari, jika ada pendarahan serious di bhgn tersebut, mereka dah buat pembedahan serta merta. Ini satu berita yg baik utk kita, jdi kita X perlu rasa bimbang pd tahap kecederaan di otak along Syuqran. Walau pun begitu, Dr tetap akan buat CT Scan mlm ni utk kepastian. Sama2 lah kita berdoa akan hasil yg baik. Pelipis tulang di belakang tengkorak along juga menurut Dr akan sembuh sendiri (self heal). Begitu juga dgn tiga tulang rusuk along Syuqran yg patah. walaupun dikatakan telah menyucuk paru2, Dr dah sedut keluar kesan2 luka tpi bkn di dlm paru2. Hanya di luar Sbb menurut Dr, organ spt paru2, hati, akan reproduce dgn sendiri. Jdi kita jgn lh bimbang sgt. Cuma tulang blkg memang ada patah. Tulang pinggul hanya retak. Kaki di sahkan tidak patah. Alhamdulillah. Dr sdg berusaha utk buat yg terbaik utk along Syuqran. Cuma menurut mereka, kebiasaan kes mcm along Syuqran,(yg kemalangan & di buang limpa) hanya memakan masa singkat 2 atau 3 hari aje utk mereka sedar semula & tidak memerlukan mesin sokongan pernafasan. Tpi kes along Syuqran agak lmbt sikit. Dr kata jgn bimbang krn setiap pesakit lain cara penyembuhan. Berdoa lah kita semua moga Allah memberi kekuatan utk Along Syuqran sembuh. Amin ya Allah..-- SMS dari omar( ayah syuqran)

1 week ago

Salam sume. An msih dmam pnas (37.7) Dr Gita kta darah an jge tkne jktan kman. Spcimen dh antar utk test. Result sok pgi. An msih dlm pngaruh ubt tdr.Spe2 yg tgk an ari ni msti X smpai ati tgk an cam 2. Muke die brkerut thn sakit pdhal an sdg tdr. Dade die brgegar stiap kali shaking. Allah je yg tahu sakitny die skrg. Mate die dh naik bgkak sbb trlalu lama trtutup & tdr. Cik slalu bisikkn pd an jgn mngalah. Brjuang utk trus kn hdup ny. Tuhan jdikan ini stu ujian utk lihat bgmn kuatny ksih syg sesama insn. Ade hikmahny bila kta tkut khilangn sseorg itu, kta akn mula menghrgai ksih syg ny. Ok smat mlm sume.

Today..

Salam buat semua. Da agk lma X antar berita prkmbangan Muhammad Syuqran (An). Dah 19 hari An trlntar di ICU. jutaan trime ksih pd kwn2 sekuliah An, sahabat2 & sanak saudare yg dtg dari jauh menziarahi An yg smemang nya memerlukn doa & prhatian kita semua. Hnya Allah swt jua yg mblas sgale kbaikn pd semua. kita doakn sma2 agr An dpt smbuh & kembali brsama d kalngan kita. Ptg tdi, rmai kwn2 dari Unisel dtg ziarah An. Utk mkluman, smlm An tlah di msukkn 2 pain darah bg mngimbangi kekurangn tahap haemoglobin dlm bdn An. Dr da kuarkn darah beku yg trdpt di blkg peha An. Paru2 ny msih di jgkiti kuman bakteria 'Klebsiella' smentara dlm darah ny ade bakteria 'Acinetobacter'. Specimen d ambil & d antar ke lab stiap hari bg memastikn paru2 & darah nya bebas dari infection. Sehingga saat ini, An msih trdedah pd jgkitan. Esok, Dr akan buat minor surgery 'Thycum tomy' bg mbolehkn An brnfas tnpa risiko di jgkiti kuman melalui tiub bntuan prnfasan. Oleh itu, Dr trpksa tebuk 1 lubang di tekak An. Wlaupun kita simpati pd An yg da cukup mnderita dgn kcderaan yg sedia ada, tpi ini 1 cara utk selamatkn nyawa An. Kita & Dr hnya brusaha, Tuhan yg brkuasa utk smbuhkn An. Mari la kita sma2 brdoa pd Dia yg Maha Besar agar An di beri belas Ehsan utk terus kn kehidupan. InsyaAllah dgn brkat doa semua, An akn pulih, dgn izinNya. Amin ya Allah. ~ Rohaizad Abdul Wahab (Ayahanda An).

Semua ahli keluarga doakan yang terbaik buat Shuqran. Semoga cepat sembuh...

Monday, March 7, 2011

Onnie Rahman Selamat Ulang Tahun ke-23



UNDER ONE ROOF

Hari ini besday kakak saye Aini Syazwani bt Abd.Rahman @ Mama dalam family under one roof (hehe). Sy n kengkawan plan bli kek n wat surprise la sket kat mama k'org ni... :))

Mula pagi tadi memang x wish langsung kat die..then hati kecil ni sgt2 rase bersalah...sume org wat bodo je an.. hahaha sory ea sis...

Kebetulan hari ini ada lawatan bench-marking kat SMS Tunku Faris Petra di Pengkalan Chepa, so on the way balik singgah KB Mall, beli kek kat Secret Recipe.. :)




Then, Jalan2 g SMO nk cari buku bg kokni...lame gak dok bertapa dalam SMO semata2 nk cari buku yang paling sesuai ngan kokni..lastly sy berminat dengan satu buku ni....



Nampak best kan?

Sempat juga membelek beberapa buah buku yang menarik antaranya "Tip-tips cemerlang dari Al-Quran",karya Dr.Danial Zainal Abidin. Gara-gara terpikat dengan buku tersebut, akhirnya saya membelinya..dengan harapan baca n habiskan baca. ")

Ok berbalik pada cite td, Plan kami malam ni nk wat kejutan kat die sgt2 berjaya. pucat2 muke lari2 dr blok A smpai blok C sebab ingatkan Ika betul2 sesak nafas (kejam2). Alhamdulillah x tersadung time lari2 tuh, kalo x len plak jadinye. Rugi x rakam detik2 cemas amer n kokni lari2 an...kalo x mesti best boleh buat bahan ketawe golek2 hehe =D

Lastly kte doakan smga Aini Syazwani panjang umo n dimurahkan rezki yaw!Smg sentiasa diberikan hidayah oleh Allah, dan saban hari semakin bercambah iman n taqwa. Sayang kokni...moga2 kita sama2 jumpa di syurga nanti..uhibukifillah ya ukht InsyaAllah :)

Sunday, March 6, 2011

Home + Sick = HOMESICK





mood nk balik sudah menerjah diriku...

aku mau pulang secepatnya..

cepatla hari khamis.. "_"

Sunday, February 27, 2011

Dalam Mihrab Cinta




Demi cinta ku pergi
tinggalkanmu relakanmu
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya

karena cinta ku ikhlaskan
segalanya kepadanya
untuk cinta tak pernah
ku sesali saat ini
ku alami ku lewati

suatu saat ku kan kembali
sungguh sebelum aku mati
dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

suatu hari kau kan mengerti
siapa yang paling mencintai
dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya semoga semoga

Thursday, February 24, 2011

K.A.M.I> J.U.A.R.A !!!


gambar hiasan

dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang


Alhamdulillah, pada Sabtu yang lepas, kami telah menyertai suatu kejohanan futsal inter batch bertempat di Gelanggang Futsal, Kg.Raja. Berkat doa, kegigihan dan kesungguhan pasukan Betta Spleanade FC akhirnya kami muncul juara buat kali ke-2..hehehe...cayalah !

Saya yg bertindak sebagai striker pada musim ni...hehe(mcm terer sgt je)...amat bertuah kerana berjaya menjaring 2 gol dan 5 kali percubaan... haha (x masukla mksdnyer)..berbanding tahun lepas lgsg xde gol..ngeh3x

Nama2 bintang:

1. Wany (GK)
2. Ya ( Center)
3. Nana ( Winger)
4. Anem (Winger)
5. Nisa ( Defender)
6. Cida ( R.Defender)
7. Su ( R.Defender)
8. Rejab ( R.Defender)

ok secara kesimpulannya, dengan izin Allah kami berjaya bergelar juara..alhamdulillah..

Tapi, ingin suarakan sedikit pendapat untuk penambahbaikkan...

  • mungkin di lain masa sukan ini boleh diasingkan antara lelaki dengan perempuan.
  • mungkin jgk kita boleh cari game lain selain futsal, sekiranya motif diadakan sukan ini adalah untuk merapatkan ukhwah di antara batch.
  • bukan ape, futsal sebenarnye kurg sesuai dengan keadaan fizikal kaum wanita. Harap pengajur boleh faham.
  • Bukan x suka, kami seronok dengan permainan tersebut..ttp disebabkan kami kdg2 gagal untuk mengawal emosi kami ketika berada di atas padang maka sy rasa amat wajar untuk kita asingkan permainan ini antara lelaki dan perempuan..
  • Tp lg bagus, untuk perempuan xpayah diadakan...itu lebih baik.. sekian..
  • Kesimpulannya, aktiviti2 mcm ni dapat merapatkan dan mengeratkan ukhwah antara kami.. InsyaAllah..

Thursday, February 17, 2011

Wear in a proper way!

Bersyukur kerana "Tak Cantik"



Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya memilih menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia tidak bermakna apa-apa.


Tuesday, January 11, 2011

....

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,

Sedekahkanlah satu senyuman, walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,

belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,

berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,

hiduplah dalam Iman, walau hari dipenuhi dugaan,

dan berpegang teguhlah kepada Allah walau Dia tak kelihatan....

bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini.

Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara..

dan,

Yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.

Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik Kerana hidup tak semudah itu,

perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi

abadi...

Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.