SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Wednesday, June 8, 2011

PERJUANGAN!

“Elya,kalau kau ade ilmu tapi kau tak sebarkan pada orang lain x bermakna apa-apa. Tujuan kita hidup kat bumi ini sebab apa? Pertama,Beribadah padaNya dan kedua, paling penting menjadi khalifah di muka bumi. Selagi tak tertegaknya Islam kat muka bumi ini, selagi itu kita mesti berjuang…berjuang menegakkan Islam.

“Selagi keluarga kita belum sepenuhnya dapat mengamalkan Islam secara syumul tak bermakna apa-apa kebaikan yang ada pada kita!”

“Sekarang ramai orang tak malu melakukan maksiat. Buat benda-benda tak elok pandang sebelah mata je!” dengus Pak Teh.

Kalau kita asyik nak menegur dengan hati je, sampai bila? Cuba fikir…Sampai bila kita asyik nak tegur dengan hati je… Kadang-kadang menegur secara lisan itu adalah lebih baik bukan?”. ujar Pak Teh.

Elya humaira tertunduk sepi..akur dengan apa yang di dengar..cukup tersentuh hati. Setiap bait kata yang keluar dari mulut pakciknya itu ada benarnya.Elya betul-betul tersentak. Dia tidak menyangka perbincangan yang tidak dirancang menjadi begitu hangat sekali pada malam itu. Padahal diawal perbualan bukan perkara ini yang menjadi topik utama.

Sebenarnya bagi Elya, perkara dakwah bukanlah sesuatu yang baru baginya. Dia pernah mendengar kakak usrahnya bercakap tentang hal seperti itu. Dia faham benar dengan tuntutan agama untuk berdakwah. Usia ditarbiyah hampir mencecah 4 tahun. Tetapi, belum ada sesuatu yang boleh dibanggakan. Benarlah kata orang, usia ditarbiyah tidak menjanjikan apa-apa…kerana usia ditarbiyah juga tidak dapat mengukur keimanan seseorang hambaNya.

Ya,memang benar! Seakan hatinya mahu menjerit kesedihan…dia melihat dirinya kurangnya kesungguhan, kurang perancangan, memang mudah untuk berkata-kata sesuatu yang benar,tetapi amat payah untuk melaksanakannya. Dia mahu keluar dari kepompong karat-karat jahiliyah yang ada dalam dirinya. Dia cuba….

Tanpa disedari, air matanya gugur juga membasahi pipi…dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya ketika itu. Walaupun masih berhadapan dengan pakciknya.

Mengimbau kembali janji sebelum kembali ke rumah, azamnya mahu cuba sedaya upaya mengajak keluarga, terutama adik-adiknya menuju ke jalan yang benar, jalan yang lurus, jalan untuk sama-sama berbuat kebaikan, menuju JannahNya. Kerana matlamatnya dia tidak mahu hanya berkasih-kasihan hanya di dunia tetapi mahu selama-lamanya di akhirat kelak.

Ohh…di manakah kekuatan itu? Selemah itu iman dan hati hambamu Ya Allah. Diuji sedikit dengan kesenangan dunia, hatinya cepat beralih arah. Dicuba kembali mencari kekuatan, dia berazam mahu mengajak ahli keluarganya kepada sesuatu yang lebih baik…Ya! Jalan yang dimana sedikit orang yang melaluinya.

Dia teringat, seorang akhwat pernah memberikan kata-kata semangat kepadanya apabila dia merasa payah untuk berbuat kerja-kerja dakwah.
“ Elya, jalan dakwah ni…memang sukar…kita kena melakukannya secara berjemaah, barulah kita ada kekuatan.Sedangkan Nabi sendiri melakukan dakwah secara berjemaah bersama para-para sahabat yang lain. Rasullullah sendiri tidak dihidangkan dengan kesenangan dan ‘red carpet’ apabila menjalankan kerja-kerja dakwah, malah Nabi sendiri dicaci, dimaki dan dilayan secara teruk oleh masyarakat Jahiliyah ketika itu.”

Elya tersenyum. Teringat kembali kata-kata semangat yang pernah diucapkan oleh rakan seperjuangannya. Dia akur, sedangkan seorang Nabi yang bertaraf maksum juga diuji apatah lagi dirinya manusia biasa.

Dia juga teringat kata-kata daripada Samuel Jonhson,

“Kerja yang cemerlang tidak dihasilkan oleh kekuatan, tetapi oleh kesabaran.”


“Kesabaran itu pahit, tetapi buahnya manis”. (Peribahasa Perancis)

Dia yakin, dia mampu.

Dia yakin, Allah akan membantu sesiapa sahaja yang membantu agamaNya.. =)

Sunday, May 29, 2011

Alhamdulillah ~



Alhamdulillah bersyukur pada Allah atas kekuatan yang diberikanNya akhirnya sampai juga aku di bumi Mersing dengan selamat.

Perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam akhirnya aku sampai ke rengit menghantar ru8 yang setia menemani perjalanan yang jauh dari Besut.

Melepaskan lelah dirumahnya semalaman dan keesokan hari, pagi2 lagi aku sudah berangkat ke Mersing... :)

Perjalanan seorang diri untuk kali pertama agak mencabar, tetapi aku kuatkan hati untuk memandu. Melalui Parit Botak dan akhirnya terus ke Kluang dan hinggalah ke Mersing. Memecut selajunya supaya lebih cepat dapat merungkaikan rindu yang terpendam sekian lama ")

Wednesday, April 20, 2011

Kenangan di SKKN






Alhamdulillah, baru sahaja tamat berpraktikal di SKKN bersama lima rakan-rakan yang lain yang sangat sporting :)

InsyaAllah, segala ilmu dan bakti yang telah dikutip dan dicurahkan dari guru-guru SKKN akan dikenang sepanjang zaman. Kepada guru pembimbing En Amri b. Awang Omar segala ilmu dan komitmen yang diberikan oleh cikgu saya dahului dengan ucapan terima kasih :) Semoga cikgu akan terus gemilang pada masa hadapan.

Kepada Pelajar-pelajar yang cikgu sayang sekalian, cikgu mengharapkan dengan doa dan harapan, kamu semua menjadi insan-insan yang berguna bukan sahaja kepada masyarakat dan negara tetapi juga kepada Agama ye. Cikgu sayang kamu semua.

Terima kasih juga nk ucap pada rakan-rakan praktikum yang lain iaitu Nur Hatiqah,Kak Syikin, Kak Fatira, Zul n Ashraf kerana telah menjadi rakan praktikum yang supportive dan menyerikan praktikal di SKKN selama sebulan.InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi semester depan =)

Kesimpulannya, memang sangat best praktikal di SKKN dan seronok berjumpa dengan semua warga SKKN yang baik2 belaka. Semoga SKKN terus maju!

Sedikit gambar untuk dikongsi~

Amali Ikan Hiasan bersama 5 Pintar


latihan nasyid :)

hari terakhir bersama mereka..


4 Bestari yang riang...




p/s : Tahniah kepada group Nasyid SKKN kerana berjaya merangkul tempat pertama :)

Sunday, March 27, 2011

Praktikum Fasa 1


Salam~

BICARA HATI

Kau hadir tanpa dipinta
Anugerah terindah dari Pencipta
Hadirku 'menggintai' si intan permata
Sudilah kiranya kamu menerima

Harapanku
Kamu menerimaku tanpa soal bicara
Tutupilah apa yang kurang pada pandangan mata
Agarku bisa mesra bersama

Tidak ku pinta layanan apa-apa
Ku bukan anak si putera raja
Kini
Ku menghitung masa
Menanti saat kita bertentang mata
Buatmu warga SK Kampung Nangka ♥

credit to: Nur Hatiqah Wakanan