SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Sunday, October 18, 2009

Musyawarah Iblis Untuk Menyesatkan Manusia.


Syaitan telah mengadakan pertemuan dengan Iblis dalam skala besar-besaran di mana semua syaitan dari setiap penjuru dunia berkumpul. Di awal ucapannya, iblis berkata:

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam yang mahu ke masjid, kita tidak dapat menghalang mereka membaca Al-Quran dan melakukan kebaikan-kabaikan lain. Malah kita tidak dapat menghalang mereka berzikir kepada Allah. Sebaik sahaja mereka berzikir dan beristighfar kepada Allah, pasti semua rencana kita akan hancur berantakan."

"Oleh kerana itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka,biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai waktu untuk melakukan ibadat kepada Allah."

"Apa yang ingin aku arahkan kepada kalian ialah...." kata Iblis kepada bala tenteranya, "Lalaikan mereka agar jangan sampai mengingati Allah sepanjang hari."

"Bagaimanakah caranya?" jerit para syaitan.

“Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan terapkan pelbagai cara untuk memenuhi angan-angan mereka. Pengaruhi mereka untuk giat berbelanja, berhutang dan mencintai dunia. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja, bercampur gaul dengan lelaki yang bukan muhrim, mendedahkan aurat dan hal-hal yang membolehkan mereka berbuat zina. Sibukkan mereka dengan tugas-tugas seharian dalam bekerja sehingga mereka tidak akrab dan mesra dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mulai retak, maka suasana rumah tangga mereka akan berubah menjadi neraka.”

“Rangsang minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati nurani mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau kaset sewaktu membawa kenderaan atau di jalan-jalan.

“Biarkan televisyen dan alat-alat komunikasi mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang melalaikan dengan para penarinya yang merangsang syahwat. Ini akan mengotori jiwa mereka sehingga mereka malas untuk mengingati Allah.”

“Penuhkan meja-meja rumah dan pejabat mereka dengan majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang penuh unsur pornografi. Sumbat jiwa dan minda mereka dengan siaran berita dan hiburan 24 jam tanpa henti. Penuhi jalan-jalan raya mereka dengan iklan2 wanita yang mendedahkan aurat, promosi2 yang menyediakan produk dan tawaran-tawaran istimewa yang berbentuk impian-impian palsu.”

“ Masukkan gambar model2 yang cantik dan ramping di dalam majalah dan televisyen agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaran adalah yang utama. Ini akan menyebabkan para suami bertengkar dengan isteri mereka, lalu si suami mencari wanita lain untuk menyalurkan hasrat biologinya”.

“ Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk melayani suami mereka di malam hari. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka yan sudah retak.”

“Gembar-gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian dan Yahudi agar hati mereka cenderung kepadanya, sehingga anak-anak umat Islam akan mencintai perayaan2 hari besar agama2 lain. Ini akan memudahkan kita untuk memurtadkan anak-anak umat Islam.”

“ Jadikan mereka sibuk, sibuk,sibuk! Dan apabila mereka bertemu untuk membicarakan hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan, cakap kosong, fitnah, adu domba dan kedengkian supaya hati mereka penuh dendam dan kebencian sesama mereka.”

Sibukkan rekreasi dan dipenuhi oleh tekong-tekong doakan yang menawarkan jasa membaca doa.”

“ Kalau semua daya dan usaha masih belum berhasil, datanglah dari depan, belakang, kanan dan kiri mereka di saat mereka sedang sakit atau menderita sakaratul maut. Hiburkan mereka dengan juadah2 kekafiran dan kemunafikan, nesacaya mereka akan mengikuti seruan dan godaanmu! ”.

“Pasti berhasil! Pasti berhasil! Salam sukses!! Salam super!! Silakan bekerja selama 24 jam tanpa henti sedetikpun, lalu lihat hasilnya………!!!”

Tuesday, October 6, 2009

MONOLOG



Ya Allah…kau tabahkanlah hatiku Ya Allah..
Aku tahu, islam itu datangnya secara terasing dan pergi pun akan terasing..
Dan sekarang,
Aku menjadi orang yang terasing, terasing dan terus asing..
Asing dalam kalangan kawan-kawan..
Asing dalam pergaulan..
Asing dalam waktu..
Asing dalam semua perkara dan segala-galanya..

Mungkin inilah dugaan dariNya..
Dugaan yang menguji hati hamba-hambaNya..
Yang mengaku dirinya hamba,
Kononnya telah menyerahkan jiwa sepenuhnya,
Juga untuk menguji, jiwa manusia
Cepat melatah atau sebaliknya…

Inilah ragam manusia,
Cepat melatah dan sering lupa,
Pada sejarah yang pernah menimpa,
Kita sering lalai dan lupa
Untuk menegakkannya..
Kepada yang lebih beragama.
Inikah ciri seorang yang mengaku dirinya hamba?
Mudah melatah dan terlupa..
Sering meminta tapi amal tak sempurna..
Mungkin inilah balasan atas dosa-dosa
Kepada menusia yang masih lalai, alpa dan lupa..

Thursday, September 24, 2009

Post picture to: New Zealand


Hamas yang Comel

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam. Semoga hari raya kali ini memberikan sejuta rahmat kepada diri kita semua. InsyaAllah.
Mohon maaf atas kekhilafan diri selama ini yang nyata mahupun yang tersembunyi.Mohon maaf yang tak terhingga dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Tahun ni turn raya kat Mersing. Macam biasa ramai sedara yang balik. Umah Tok Ki yang biasanya sunyi sepi jadi riuh-rendah dengan suara sanak-saudara. Kalo raye kat Umah Tok Ki, satu tradisi yang aku suka, iaitu bacaan takbir raya oleh semua saudara lelaki yang akan diketuai oleh datukku.
Semasa bacaan takbir dialunkan, hati ini tiba2 jadi sebak...melihat saudara-saudara yang lain asyik mengalunkan takbir, perasaan ini bercampur baur meninggalkan ramadhan n..ssh nk diungkapkan dengan kata-kata..hati ini berdetik "Mungkinkah kita akan bertemu lagi wahai Ramadhan?" Hanya Allah penjaminnya..

Ok enough,back to the title. Sebenarnye nk post pasal hari raye espeacially for saudara-saudara yang nun jauh disana =)..n sedikit gambar yang boleh dikongsi bersama. Tetapi soryla..disebabkan tahun ni kami semua raya di Mersing, so x banyak cite rayer di Kluang yang boleh dikongsi bersama. Cumanye masa hari raya kelima, Tok Bak, Tok Mak, Pak Teh, Pak Cu n Mak Lang datang sini. Tujuannya sekali nk beraya kat rumah atas. So, then ade makan-makan sket. Tahun ni pun, tak semua pergi beraya di Kuala Pilah. Pak Cu bawa Tok Bak n Tok Mak, so Afiq n Syaza ikut skali. Kami semua pun tak pergi jenguk Wan. Sebab kekangan masa dan sebagainya.

So kat cni ade gambar Sarah...da besar da die..nie next year keluar lagi sorg..=)



Sorila,gambar Sarah kabur..ni ade gambar lain..





owh, okay..sampai sini jela post buat kali ini..InsyaAllah akan diupdate lagi untuk yang seterusnya. Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua =)

Wassalam.

p/s Tahfiz: Oit mane Cd,x dapat pon..=P

Sunday, August 9, 2009

Tragedi Kuala Tok Bing

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Pengasih.

Salam sejahtera ke atas saudara dan saudari yang sudi menjenguk blog yang x seberapa neyh..Semoga sihat-sihat selalu hendakNya dan antum antunna semua sentiasa berada dalam Rahmat Allah..InsyaAllah.

Um..semalam 8/8/2009...satu tragedi yang cukup menyedarkan ana telah terjadi.. Peristiwa kemalangan yang betul-betul berhadapan dengan Masjid Kuala Tok Bing yang melibatkan diri ana sendiri dan dua orang kawan lagi yang bersama-sama ana di dalam kereta.Dan juga kawan-kawan yang lain yang turut bersama dalam perjalanan tersebut.

Alkisah..semalam..kami tiga buah kereta telah berkonvoi ke Gong Badak,Kuala Terengganu untuk menghadiri satu 'bekwah' disana. Alkisah sewaktu perjalanan pulang dari rumah pengantin..kami singgah solat zohor di Masjid Kuala Tok Bing. Selesai solat zohor..cadangnya nak ke rumah salah seorang dari kami..dan selepasnya menikmati air gelas besar berdekatan kawasan tersebut..benarlah malang tak berbau, kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan.

Sewaktu kami hendak keluar dari perkarangan Masjid..dengan confidentnye sewaktu hendak melintas ke jalan sebelah..kereta yang ana bawa telah dilanggar oleh sebuah kereta wira daripada belakang. Ana betul-betul x nampak kereta di sebelah kiri memandangkan jalan disitu sedikit berbukit. Memandangkan kereta wira tersebut pun laju..so,kereta tu xsempat nk elak..dan kemeklah kedua-dua pintu kancil dan kereta wira mengalami kemek dibahagian depan kereta,lampu kanan pecah dan tayarnye sedikit termasuk kedalam. dan alhamdulillah kereta tu boleh bergerak.

Mase nk berlanggar tuh..mmg xsempat nk tengok cermin..hanya mendengar jeritan dari seat belakang yang menjerit "Yaaaaaaaa!!!!" Ana pun xsempat nk wat ape2...kejadian tu berlaku dalam sekelip mata. Sob2 !_!...

Kami cemas dan ana cepat2 memberhentikan kereta..ketika tu nampak seorang pemandu lelaki keluar daripada kereta dan dia marah-marah sambil menendang-nendang keretanya. Astaghfirullah hal'azeim..ketika tu perasaan di dada hanya Allah sajalah yang tahu betapa cuaknye ketika tu.. memandangkan kereta yang aku bawa tu pun kereta sewa..hah...lagilah...rase macm nak pengsan time tu gak..fuh!

Pemandu lelaki tersebut marah-marah...dan ana tak tau nk cakap..melainkan hanya perkataan 'maaf' yang terpacul dibibir. Keadaan ketika itu berubah menjadi huru-hara..pemuda tersebut marah-marah dan mengajak kes ni dibawa ke balai. MasyaAllah...masa tu dada berombak..BALAI POLIS?? Pemuda tersebut meminta kami membayar sejumlah wang yang banyak..dalam hati ni kata "Ya Allah mana aku nak cari duit dengan nilai yang begitu banyak?" Macam-macam yang terbayang dalam fikiran.

Masing-masing telefon sana-sini untuk memberitahu keadaan kami ketika itu. Memandangkan kami seramai 11 orang ketika itu..dan semua menenangkan ana dan menenangkan diri antara satu sama lain..kedua-dua pihak menyalahkan antara satu sama lain..tapi...ana tahu..itu salah ana..Mungkin kedua-duanya salah..tapi ana rase itu salah ana..Walaubagaimanapun, xkisahlah salah siapa..tapi yang aku minta 'Ya Allah Kau permudahkanlah urusan kami..'

Ketika itu kawan-kawan yang lain..semua berusaha menenangkan aku..air mata memang x tertahan...akhirnye jatuh juga ke bumi..nk b'lagak cool..tp xleh(haha)..ada hati nk berlagak cool..umm...mmg xleh nk sorok langsung...

Tapi Ya Allah..alhamdulillah..yang paling penting...tiada sebarang kemalangan melibatkan nyawa berlaku..terima kasih Ya Allah. Jika berlaku Ya Allah...memang ana sendiri tak boleh nk maafkan diri ana Ya Allah...mungkin ini semua disebabkan kafarah dosa ana yang lakukan sebelum ini.. ana tahu ujianMu ini Ya Allah..x lain,x bukan kerna sayangNya Kau padaku Ya Allah..dan insyaAllah pelbagai hikmah yang terkandung disebalik kejadian ini..dan ana yakin setiap ujian itu adalah rahsia Allah.

Yang paling mengharukan sekali…kawan-kawan yang lain terus melakukan solat hajat, mohon dipermudahkan segala hal…dan masing-masing mengingatkan aku supaya terus beristighfar..Terima kasih sekali lagi Ya Allah kau kurniakan aku teman-teman yang sentiasa mengingatkan aku supaya mengingatiMu..Ya Rabbi tak ternilai nikmat yang kau curahkan kepadaku..

Setelah polis tiba, kami menunggu tuan kereta pula...um...alhamdulillah tuan kereta xmarah..datang-datang je die sengeh je..um..pelik jgk mase tu sebenarnye..Pada mulanya, perbincangan awal nk ke balai polis untuk buat report..dan menunggu trafik datang untuk mengukur kadar kemalangan untuk menentukan siapa yang bersalah.
Tetapi setelah tuan kereta dan pihak lelaki berbincang secara berdiplomasi.. untuk tidak memanjangkan cerita, kedua-dua pihak bersetuju untuk kes ini diselesaikan sendiri tanpa melibatkan pihak polis...alhamdulillah..

Kami bertolak balik ke IPGMKSM dalam pukul 6.15ptg dan sampai dalam pukul 9.45 malam. Alhamdullillah.. Sebenarnye..citenye pjg lagi..tp cukuplah sampai disini je. Xmampu nk huraikan dengan lebih panjang.Traumanye masih terasa..fobia dan sebagainya.
Pengalaman yang sukar dilupakan.



Kepada kawan-kawan yang terlibat,ana minta maaf banyak-banyak. Ana tahu ini semua salah ana. Ana minta maaf yang x terhingga. Maaf...maaf...maaf...(!_!) Terima kasih atas segala-galanya. Ana tak tahu nk balas budi antunna semua macam mana...ana serahkan segala-galanya kepada Allah. Hanya Dia yang mampu membalasnya.

Pohon diampunkan segala kesilapan dan kekurangan diri. Semoga antunna semua sentiasa berada dibawah lembayung Rahmat Allah dan tetap tegar dalam memperjuangkan Kalimahtul haq, Lailahaillah Muhammadur Rasullullah.

Dan kepada teman-teman di luar sana, berhati-hatilah di jalanraya..Ingatlah orang yang tersayang.Langsung kepada ana juga. InsyaAllah. Peristiwa bermakna ini telah meberikan pengalaman yang berharga sepanjang dua puluh tahun ana hidup di muka bumi Allah ini. InsyaAllah..ana mendoakan yang terbaik untuk teman-teman diluar sana.

wallahualam.

Monday, July 27, 2009

Owh H1N1..!!

haaachooo!! (sambil mengesat2 hidung)

Selamat sejahtera ke atas kamu!

Semoga iman saudara dan saudari sentiasa berada dalam tahap yang membanggakan.

Semoga hari-hari yang anda lalui juga,sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah.

Sihat hari ni? ade simptom2 sakit x? um..

kalo ade cepat-cepat la pergi jumpa doktor ye..

Setelah sekian lame x menulis, kerana kekeringan idea, busy, malas dan sebagainya..jadi blog ni pun da lame berhabuk..lalalala~~ sowy eh..

Alkisah, hari ni IPGM Kampus Sultan Mizan terpaksa ditutup gara-gara wabak penyakit berjangkit Influenza A H1N1 atau dikenali sebagai Selsema Babi. Nak tak nak..kena balik. So sad..Sbnrnye semalam ade pemeriksaan kesihatan, sebab H1N1 ni la..jadi lepas checking dibuat..ade 7 orang yang disyaki dan yang positifnya xpasti berapa orang.Dan kalo nak tahu,ni adalah IPGM yang keempat ditutup disebabkan wabak H1N1. Jadi pagi tadi dibuat perjumpaan secara tiba-tiba di Dewan Bendahara untuk memaklumkan penutupan Institut selama seminggu. Hoorey!

Haha..yang kelakarnye..masing-masing kelam-kabut...sibuk masing-masing telepon sane-sini..so keadaan jadi bising dan tak terkawal..memang kecohla. Ni baru Allah turunkan bala H1N1. Agaknye kalo Kiamat tu datang secara tiba-tiba...MasyaAllah.. xtau la keadaan manusia pada masa tu macam mane.. Baru dijatuhkan sedikit ujian,ni pun da kecoh semacam.

Apa pengajaran yang aku dapat..yang penting letakkanlah kepercayaan yang penuh kepada Allah. Serahlah segala ketentuan kepada Allah..jika kita berbaik sangka dengan Allah, InsyaAllah Allah akan tentukan yang terbaik buat kita. Ajal dan Maut ditangan Tuhan, kalo Allah tidak mengkehendaki keburukan keatas kita, walaupun seluruh umat manusia merencanakan keburukan ke atas kita..tentulah hasilnya tidak akan kemana dan begitulah sebaliknya.

" Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat meminta penundaan(nya)" (15:5)

"Disana,pertolongan itu hanya dari Allah Yang Mahabenar. Dialah (pemberi) pahala terbaik dan (pemberi) balasan terbaik." (18:44)

Jadi,bersiap siagalah kita semua dalam menghadapi kehidupan yang lebih hakiki di akhirat kelak. Siapkanlah bekal iman dan amal yang secukupnya untuk bertemu dengan Yang Maha Esa. Sesungguhnya kehidupan disana lebih baik jika kamu mengetahui.

"Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu, dan bersabarlah hingga Allah memberi keputusan. Dialah hakim yang terbaik." (11:109)

Wallahualam.

Monday, July 6, 2009

Bingkai Kehidupan

BINGKAI KEHIDUPAN

Mengharungi Samudera Kehidupan
Kita Ibarat Para Pengembara
Hidup Ini Adalah Perjuangan
Tiada Masa Tuk Berpaku Tangan

Setiap Tetes Peluh dan Darah
Tak Akan Sirna Di telan Masa
Segores Luka Di Jalan Allah
Kan Menjadi Saksi Pengorbanan

Allahu Ghoyatuna
Ar-Rasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu Fisabilillah
Asma Amaninaa

Allah Adalah tujuan kami
Rasullullah teladan kami
Al-Quran Pedoman Hidup Kami
Jihad adalah Jalan Juang Kami
Mati di Jalan Adalah
Cita-cita Kami Tertinggi..

Thursday, May 14, 2009

CERPEN DUNIA ISLAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

"Ampun maaf, tidak diketahui siapa penulis cerpen ini. Sudilah baca smpai k'titik akhir, mg b'manfaat.."

Dunia Islam? Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

“Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.” Bunyi satu suara di belakangnya.
Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

“Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang.Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

“Hoi budak, Aku di mana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak.

Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. “Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.” Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak.Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi.

Apa ? Dia nak marahkan aku ? ” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? ” tanyanya angkuh.

“Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

“Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar.

Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula -Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

“Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. ”

“Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa.”

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Dimana aku sebenarnya ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

“Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.”

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar.

“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…”

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

“Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih.. Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!” rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya.

Ia terlepas …. Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum.Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

“Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman.Sila datang!”

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.”

“Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.”Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. “Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”.

Lelaki itu tersenyum.”Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.
Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,”terangnya.

Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih. “Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…”

“Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah….”Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi beriani sepinggan!”ujarnya kepada pelayan. “Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan.

“Ya ! Apa peliknya?”,

“Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?”tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

“Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan sopan.

Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

"Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, “ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

“Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?” tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

“Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ….malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya.”

Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.”

Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya…. saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan.

Mereka pun makan dengan perlahan-lahan. Datuk Dr Johar makin pelik. “Tambah nasi sepinggan lagi!”ujarnya kepada pelayan restoran.

“Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan…. berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi.

“Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram.

“Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!

“Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan.

“Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya…..”

“Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?” tanyanya.

“Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannya kah atau otaknya?

Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA

Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: ‘RAJA’. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI..

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? “Tak ada lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. “Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang…”

“Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a… “Eh …ni suara orang mengaji,”

“Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema….

Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci.Inilah getaran hatiku memburu cinta…….stanza hati merindu Ilahi!”

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

“Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …”

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

“Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah.”

“Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.”

” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.”
“Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIRTRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :” KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH “. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.

Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

“Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !” Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. “Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr.Johar. “Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya…” “Habis, mereka mahu apa?” “Mereka mahu Islam, Datuk!” “Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

~end story~

Bila habis je bace cerita ni…aku selalu terfikir, akan wujudkah keadaan yang begini? Subhanallah…! Keadaan di mana umat Islam menguasai segala-galanya baik dari segi undang-undang dunia, tatacara dan cara hidup yang seluruhnya islami, sains dan teknologi dikuasai oleh cendekiawan-cendekiawan islam,dunia fesyen dan hiburan yang mengikut fitrah islam yang sebenar, Subhanallah! Allahhuakabar! Tak tergambar dek akal fikiran…

KEBENARAN PASTI MENJELMA KEMBALI WALAU DIRANTAI BERJUTA TIRANI KERANA ITULAH JANJI ILLAHI..!!

Wednesday, May 6, 2009

ISLAM ANTARA CERITA DAN KENYATAAN

Assalamualaikum..
Mohon maaf atas keterlewatan hamba dalam mengepost sesuatu di ruangan yang serba kekurangan ni..Sedang hamba ralit mencari bahan mengenai tamadun, tiba-tiba terbuka satu blog yang hamba xpernah jangka akan jumpa. Jadi hamba berminat untuk mengepost pandangan tersebut untuk tatapan kali ini(eheh). Pandangan di bawah ini hanyalah perkongsian semata, mungkin ada yang setuju, ada yang tidak. Walaupun apa pun pandangan anda marilah sama-sama kita mengambil 'ibrah' daripadanya..setiap yang baik itu semuanya datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah cuma disandarkan kepada kelemahan insan itu sendiri..wallahualam.


Sering kali kita mendengar orang berkata: “Islam agama yang hebat dan membentuk penganutnya menjadi insan yang bertamadun dan mendahului umat-umat Islam”. Penyataan tersebut disertakan pula dengan kisah-kisah umat Islam yang telah berjaya dan gemilang. Sebagai sokongan fakta. Dengan harapan umat di era ini akan terus berbangga dengan Islam mereka dan umat yang lain akan tertarik hati dengan agama yang agung ini.

Malangnya, penyataan sejarah yang lepas, kelihatannya amat berbeza dengan realiti yang disaksikan pada hari ini. Sementara manusia pula secara majoritinya lebih terkesan dengan realiti yang disaksi, dibandingkan apa yang tertera dalam lembaran sejarah. Apatah lagi jika umat itu, bukan umat yang membaca dan mengkaji. Jika kita lihat kepada masyarakat Islam tempatan kita, khususnya orang melayu yang mendominasikannya, kita agak kecewa. Sebut sahaja segala gejala sosial yang serius, orang melayu yang mengakui diri sebagai muslim mendahuluinya. Hinggakan melayu yang minoriti di Singapura, tetap mijoriti dalam pengambilan dadah. Mat rempit, vadalisme, keciciran dalam pendidikan, kemunduran ekonomi dan berbagai lagi, samada kita ingin akui atau tidak realitinya, mereka semua didominasi oleh satu masyarakat yang mengakui Islam sebagai agamanya dan melayu adalah bangsanya.

Persoalan yang ditimbulkan, atau mereka yang bukan ‘melayu’ tertanya; adakah Islam yang dianuti itu punca kepada ini semua?!!. Sebab, pada zahirnya, semua bangsa berkongsi sama di tanah air kita dari segi udara, air, tanah dan persekitaran. Apa yang membezakan antara kita ialah agama, keduanya bangsa. Jika bangsa tidak ada kaitan dengan soal ini, tentu akan dikaitkan dengan agama. Begitulah sebaliknya.

Sudah pasti sifat Islam sebagai agama wahyu yang maha benar dan sejarah Islam yang gemilang menolak untuk dikaitkan kemunduran dan kelemahan dengan agama yang agung itu. Aqidah yang sejahtera akan pasti mengingkari untuk Islam dipalitkan dengan kecacatan dan ‘ketidak majuan’. Jika demikian, yang tinggal untuk diperbahaskan atau dikaitkan dengan kelemahan ini ialah sesuatu yang berkait dengan bangsa. Bukan tujuan untuk merendahkan bangsa! Tidak sama sekali tidak!! Sebaliknya untuk dibaiki dan dinilai!. Bahkan bagi saya orang melayu dalam hal ini tidak jauh atau banyak bezanya dengan orang Arab.

Bangsa Melayu, sekalipun banyak kelebihan di sudut budi dan bahasanya, namun dalam beberapa perkara lain –secara perbandingan- ‘warisan budaya’ melayu semata tidak begitu mampu atau berdaya saing dalam sesetengah perkara. Ambil sahaja contoh orang cina di sudut budaya kesungguhan kerja, berniaga dan seni-seni kehidupan yang lain, amat mantap untuk dibandingkan. Secara umumnya, seorang yang lahir dalam keluarga cina tidak perlu berhempas pulas memahami ilmu perniagaan, kerana ia telah menjadi sebahagian dari kehidupan. Demikian budaya kerja, tolong menolong sesama bangsa dan berbagai budaya positif yang lain. Justeru itu, ramai di kalangan mereka sekalipun tidak keluar dengan lulusan yang tinggi dalam bidang perniagaan, mereka lebih berjaya dari yang keluar dengan sijil bergulung, namun masih menganggur di rumah. Soal rajin kerja, kuat belajar, bersaing secara positif, walaupun ada di kalangan sejarah bangsa melayu ini, namun ia belum sampai ke peringkat warisan budaya. Sementara orang cina dan Barat telah mewarisinya sejak zaman berzaman menerusi sejarah dan tamadun mereka.

Untuk mengatasi kelemahan ruang-ruang tersebut, maka orang melayu tidak mempunyai pilihan melainkan mengambil suatu tamadun untuk dibudayakan secara zahir dan batin yang tidak mungkin dicabar iaitu Islam yang tulen. Di sini saya sebutkan perkataan Islam tulen bagi membezakan Islam yang telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.

Jika Islam ini tidak ambil secara betul, maka orang melayu atau Arab tidak akan mampu untuk bersaing di persada dunia hari. Ini kerana, sesetengah bangsa-bangsa lain, sekalipun mereka kehilangan akidah yang benar, namun ciri-ciri tamadun kaum yang mereka pusakai telah membantu membawa mereka membina harta dan kekayaan. Sementara bangsa-bangsa yang menganut Islam, jika tidak benar-benar membudayakan Islam dalam prinsip kehidupan secara komprehensif, maka mereka bersaing tanpa sebarang kekuatan. Tidak kekuatan Islam, tidak juga kekuatan tamadun bangsa. Sedangkan bangsa-bangsa yang tidak Islam, sekurang-kurang mereka mempunyai bekalan persaingan iaitu tamadun bangsa mereka yang mempunyai ciri-ciri positif dalam beberapa sudut. Justeru itu, mereka lebih ke hadapan dan berjaya.

Mungkin ada yang berkata: “Mana perginya kekuatan tamadun bangsa-bangsa yang menganut Islam ini?”. Apakah bangsa mereka langsung tidak ada keistimewaan?! Saya katakan, mungkin. Namun banyak pusaka warisan itu hampir hilang sejak bergenerasi lamanya, dek datangnya Islam yang membawa tamadun yang maha agung dan berwibawa. Juga sifat Islam yang menghapuskan apa yang bertentang dengan prinsipnya yang kudus. Islam telah mengambil tempat warisan budaya atau pusaka sesetengah bangsa dengan gantian suatu sistemnya yang paling ampuh. Malangnya apabila generasi kemudian memegang Islam secara pinggiran, atau tersasar dari panduannya, maka mereka kehilangan tamadun Islam yang agung, sekaligus warisan budaya mereka yang dahulu.

Sesuatu bangsa apabila hilang akar tamadunnya, maka lemahlah mereka, serta mudahlah terdedah kepada pengaruh dan serangan luar. Itulah realiti kita hari ini. Melayu atau arab yang sedang hanyut dengan dunia khayalan yang digula-gulakan.

Ditambah lagi, Islam yang diajar tidak lagi dalam bentuk yang difahami oleh generasi awal yang telah berjaya membina keagungan. Persoalan akidah tidak lagi menjadi teras dalam banyak keilmuan. Sehinggakan perkara-perkara yang merosakkan akidah ramai tidak lagi difahami. Ataupun akidah gagal ditempatkan dipersada persaingan.

Sementara sesetengahnya mencanangkan Islam dengan tafsiran yang mundur lagi tidak berasas. Hingga ada yang menganggap selain dari mata pelajaran yang berbunyi ‘arab’ adalah sekular. Seketika golongan agama lebih mudah untuk diingati jika dikaitkan dengan kain pelekat, baju melayu, datang lewat, berjalan ‘slow’, tidur di masjid, susah terima pendapat orang lain, muncul ketika orang mati dan kahwin dan hilang ketika umat gawat bersaing menghadapi percaturan zaman. Hingga orang akan kehairan jika seorang ustaz tahu banyak perkara. Jika ustaz tidak tahu tentang perkembangan semasa dan persoalan moden, mereka kata; “biasalah, dia tu ustaz!”. Maka akhirnya golongan agamawan gagal untuk mengisi posisi-posisi penting umat. Apa tidaknya; ketika harta dan ekonomi umat tergadai, golongan agama masih ada yang bising soal hukum orang bukan Islam makan daging akikah atau larangan menjawab salam mereka!!, Sepatutnya kita berfikir bagaimana untuk menjadikan Islam ini lebih menarik sehingga bukan muslim di sekeliling kita menerima petunjuk yang benar. Sekaligus segala kekayaan yang mereka miliki turut Islam bersama mereka!!. Bukan sekadar sekeping daging akikah, atau sepatah ucapan salam.

Maka kita hilang Islam, tiada pula pusaka nenek moyang. Islam yang sepatutnya mengisi ruang tamadun kita, telah kita tinggalkan. Maka ramai pemuda kita tiada cita-cita besar, tidak merasai ketinggian harga diri dan tiada tanggungjawab, akibat tidak ada jiwa agama. Jika dia berbangsa cina, mungkin dia malu kerana bekerja itu rajin itu adalah budaya yang jika ditinggal suatu kecacatan dan kehinaan. Jika dia muslim yang baik, dia akan merasai dosa hidup tanpa usaha dan perjuangan. Tapi apabila dia melayu tanpa agama dan budaya, dia rasa itu biasa…

Amir al-Mukminin ‘Umar bin al-Khattab pernah menyebut kepada kaum Arab: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut).

Maulana Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi dalam bukunya Kaif Dakhala al-‘Arab al-Tarikh menggambar betapa Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan terpencil dari pentas sejarah. Sekalipun pada Arab itu ada ciri-ciri yang baik dan akhlak yang mulia. Mereka memiliki keberanian dan kepandaian dalam senjata, juga tunggangan kuda. Mereka mempunyai bahasa yang tinggi nilainya, indah dan baik. Malangnya kesemua itu tidak mampu membawa mereka ke persada sejarah yang gemilang. Namun mereka akhir berjaya memasuki pentas sejarah apabila mereka menjadi pembawa risalah dan hidayah. Sehingga al-Nadwi menyatakan: “Hendaklah orang Arab ketahui bahawa mereka tidak memasuki (pentas) sejarah kecuali dengan jalan risalah Islam dan dakwah islamiyyah. Allah tidak menumbuhkan kecintaan (orang lain) kepada mereka dalam jiwa dan hati, tidak tersebar bahasa mereka dengan sebegini luas, ia tidak kekal dan abadi, tidak ditulis dengannya ilmu yang banyak, tidak terbentuk dengannya perpustakaan yang begitu besar yang mana ulama bukan Arab mendapat habuannya lebih dari orang Arab sendiri, kecuali dengan sebab kelebihan al-Quran dan syariat Islam. Orang Arab tidak akan kembali kepada kedudukan mereka yang awal dan tidak akan memasuki (pentas) sejarah sekali lagi melainkan melalui pintu yang mereka masuk pada awalnya”. (Al-Nadwi, Kaif Dakhal al-‘Arab al-Tarikh, m.s 26, cetakan: Al-Majma’ al-Islami al-‘Ilmi, Lacknow, India).

Maka memajukan melayu bukan dengan sekadar menghidupkan inang dan mak yong atau yang sewaktu dengannya. Sebaliknya ialah dengan membunuh nilai-nilai negatif yang dimusuhi oleh Islam, seperti ‘tidak rajin’, hasad, tidak itqan (bersungguh) dalam sesuatu pekerjaan, membazir waktu, melampau dalam hiburan dan berbagai lagi. Wajib menghidupkan nilai-nilai positif yang disuruh oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti rasa bertanggungjawab membangunkan umat yang membuahkan kesungguhan menuntut ilmu dalam segala bidang dan melaksanakan peranan kekhalifahan membina tamadun. Ruh sebenar Islam mesti diterapkan untuk ini semua.

Maka guru-guru agama, hendaklah memiliki al-‘uqul al-nadijah al-wa’iyyah ’ (akal yang matang lagi berkesedaran) yang mampu menggerakkan tamadun umat. Bukan sekadar membicara kes-kes yang hampir pupus pada pada ratusan tahun yang lepas. Atau sekadar mengulangi bab haid dan nifas tanpa mampu mengggerak murid-muridnya menghasilkan sendiri keperluan wanita moden ketika haid dan nifas.

Tuesday, April 14, 2009

Tatapan Buat Diri..

Tinggalkan 5 perkara :

1. Tinggalkan pandangan liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.

2. Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmah
dan menjadi orang yang bijaksana.

3. Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin
melakukan ibadah.

4. Tinggalkan melihat cacat (aib) orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal cacat
sendiri.

5. Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya akan
terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.


Empat perkara berharga....

Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :

"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu Akal, Agama, Malu dan Amal Soleh, maka:

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.

2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang
lain.

Wednesday, February 25, 2009

Tarbiah Ruhiyyah

TARBIAH RUHIYYAH DALAM MEMBENTUK GENERASI BERWAWASAN

DEFINISI TARBIAH

Secara umum tarbiah adalah merupakan segala usaha yang dilakukan ke arah pengabdian diri kepada Allah secara sempurna. Lantaran itu, tarbiah adalah segala usaha yang melibatkan pendidikan, pengalaman, penglibatan dalam perjuangan Islam, kesan persekitaran dan faktor-faktor lain yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Mengikut Dr Ali Abd Halim Mahmud, tarbiah adalah merupakan suatu method yang terbaik yang mampu berinteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan sama ada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia ke arah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.

MATLAMAT TARBIAH

Tarbiah Islamiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri. Antara matlamat tersebut ialah :

a) Pengabdian diri kepada Allah mengikut apa yang telah pun disyariatkan melalui Rasullullah.

b) Membina umat yang muttaqin serta mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah S.W.T.

c) Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan.

d) Memimpin dan memerintah dunia.

e) Melaksanakan hokum dan syariat Allah.

Ini adalah matlamat asas kepada Tarbiah Islamiah. Di sana banyak lagi matlamat yang lain mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN TARBIAH.

a) Keyakinan yang teguh bahawa tarbiah adalah satu-satunya wasilah yang mampu merubah masyarakat membentuk petugas-petugas dakwah dan mencapai cita-cita dan harapan.

b) Adanya manhaj tarbiah yang mempunyai matlamat yang tertentu, perancangan yang terang dan dari sumber yang jelas, bersifat syumul dan mempunyai kaedah pendekatan yang berbagai, ditegakkan di atas falasafah yang jelas dan dicedok terus dari ajaran Islam yang tulen.

c) Suasana jamai’e yang positif yang dibina oleh jemaah di mana setiap anggota cuba sedaya upaya untuk melaksanakan cara hidup Islam yang tulen.

d) Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan pengalaman (kibrah)

e) Wujud sebilangan Murobbi/Murobbiah yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melakukan tugas mereka.

d) Kepelbagaian wasilah : fardi atau jamai’e, teori atau amali, aqli atau ‘atifi, positif atau negatif.

Dengan adanya faktor-faktor tadi,pasti akan lahirlah satu ketamadunan manusia yang bersifat rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak yang menghimpunkan antara ilmu dan iman, kebendaan dan roh, mengimbangi antara dunia dan akhirat, di samping menjaga nilai tatasusila dan kehormatan manusia.

Monday, February 23, 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULLULLAH

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W
www.iluvislam.com
dihantar oleh: nias
editor: masyitah az-zahra





"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Thursday, February 19, 2009

Sekadar renungan

PERANAN SEORANG MUSLIM...

Hari demi hari berlalu tanpa henti. Segala puji bagi Allah yang masih memberikan kita semua ruang dan peluang untuk terus memperbaiki diri. InsyaAllah jika nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T digunakan dengan sebaik-baiknya, InsyaAllah setiap minit yang kita lalui akan mendapat keberkatan dariNya. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah.
Hari-hari kuliah aku lalui seperti biasa. Bersama teman-teman di kelas yang sentiasa menyerikan hari-hariku dan semakin hari aku rasakan betapa manisnya ukhwah yang semakin hari semakin sayang diantara kami. InsyaAllah semuanya kerana Allah.Pada hari ini perasaan aku bercampur- baur, mungkin disebabkan sesi luahan hati yang diadakan tadi sedikit sebanyak membuka mata hati untuk saling menerima pandangan dan kritikan masing-masing. As a friend, I think we should let others to judge us. Bukan la kata, judges yang melampau tapi sekurang2nya kita tahu apa pandangan orang pada kita dan cuba ubah perilaku yang sepatutnya. Terkadang kita tak sedar akan sikap kita yang mengguris perasaan orang lain ataupun membuatkan orang lain merasa tak selesa. InsyaAllah segalanya akan menjadi lebih baik jika masing-masing mampu nasihat-menasihati dan ingat-mengingati antara satu sama lain. Sebabnya apa? Sebab dalam firman Allah, Surah Ali Imran : 104 ;

“ Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat makruh, dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Dalam ayat tadi, hal ini jelas menunjukkan setiap insan bertanggungjawab dalam menyampaikan amar maa’ruf dan nahi munkar , maka tak salah sekiranya kita saling nasihat-menasihati antara satu sama lain bagi mewujudkan persefahaman antara kita.

Setiap insan akan cuba untuk memuaskan hati semua orang, tapi… kita sering terlupa bahawa kita ini manusia biasa. Masing-masing mempunyai kelemahan dan kebaikan yang tersendiri. Dan bukan satu perkara yang mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Mungkin tak perlulah untuk ana ceritakan apa pandangan orang pada ana di sini kerana itu bukanlah menjadi topik utama penulisan kali ini… mungkin bagi sesiapa yang mengenali diri ini boleh menyatakan pendapatnya mengenai ana..Ahlan wasahlan segala kritikan atau pandangan, ana terima sebaiknya.

Tapi ingatlah wahai kawan-kawanku, aku melakukan ini adalah kerana aku mencintai kalian, sebagaimana aku mencintai diriku sendiri… segala kata-kata yang aku ‘lemparkan’ adalah untuk kita semua sama2 beringat untuk mendapatkan keredhaan Allah, dan bukan itu sahaja matlamat kita hidup di muka bumi ini adalah untuk mendapat kemenangan yang besar di akhirat kelak insyaAllah. Seiring dengan firman Allah:

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannnya (kenikmatan melihat Allah). Dan wajah mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) dalam kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka di dalamnya.”
(Surah Yunus :26)

“ Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu, dan bersabarlah hingga Allah memberi keputusan. Dialah hakim yang terbaik.”
(Surah Hud : 109 )

Sama-samalah kita memperbaiki diri, insyaAllah jika kita menuruti segala perintah Allah, kitalah insan-insan yang beruntung di bumi dan di akhirat kelak. InsyaAllah =)

Monday, February 9, 2009

KEARIFAN ISLAM

ORANG-ORANG YANG BERIMAN

KEBAIKAN AKAN DI BALAS DENGAN KEBAIKAN

"Allah Yang Maha Pengasih akan merahmati orang-orang yang berbuat baik," sabda Nabi Muhammad (S.A.W). Berbuat baiklah kalian kepada yang ada di bumi,maka Zat yang di langit akan membalas kebaikanmu.

APAPUN YANG TERJADI MERUPAKAN KEHENDAK ALLAH

Ketika beberapa orang menyatakan akan menjaga Khalifah Ali bin Abi Talib,beliau berkata,"Takdirlah yang akan menjaga seseorang".

Menurut beberapa riwayat,ia juga mengatakan,"Tak seorang pun akan merasakan kelazatan iman hingga menyedari bahawa ia tidak akan dapat menghindari apa-apa yang menimpanya,ataupun mengharapkan apa-apa yang hilang darinya".

TETAP TABAH DALAM PENDERITAAN

Semasa Dinasti Abbasiyah, munculnya Mazhab Mu'tazilah menimbulkan kontroversi di kalangan muslimin.Akibatnya antara lain,Imam Ahmad bin Hanbal mendapat hukuman keras kerana menolak untuk mengubah keyakinan yang dianutnya.

Hafidz bin Hajar,menceritakan bahawa Imam Ahmad mengalami siksaan luar biasa,sehingga gajah pun akan lari lintang-pukang bila siksaan itu ditimpakan pada dirinya. Tapi Imam Ahmad tetap tegar.

USAHA YANG PALING MULIA ADALAH DAKWAH FISABI-LILLAH

Nabi Muhammad berkata,"Hidayah yang diberikan Allah S.W.T melalui kalian (iaitu orang yang berdakwah) kepada satu orang saja, maka lebih besar nilainya daripada seluruh apa yang berada di bawah matahari".


MENDOAKAN KEBAIKAN WALAUPUN DISAKITI

Pada suatu ketika,Rasullullah dan kaum muslimin mengepung Thaif lebih daripada 20 hari.Ketika dirasakan sangat berat untuk meneruskan kepungan,beliau menyuruh mereka untuk mundur.

Kaum muslimin kemudian menyarankan Rasullullah untuk mengutuk pemimpin Bani Tsaqif. Lalu beliau pun menadah tangan ke langit dan berdoa,"Ya Allah,berilah hidayah kepada Bani Tsaqif,bawalah mereka ke dalam pangkuan Islam".

Begitu juga yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W ketika baginda disarankan untuk mengutuk Bani Daus yang memberontak dan tidak mau beriman.Beliau berdoa,"Ya Allah,berilah hidayah kepada Bani Daus dan bawalah mereka ke dalam pangkuan iman".

Monday, January 19, 2009

UjianMu..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Musim berlalu, dan setiap detik waktu yang diberikan sentiasa memberiku peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.
Ujian minggu lepas cukup menyedarkanku betapa kerdilNya diriku ini di sisiMu Ya Allah.Ujian yang Kau berikan ini,mengembalikan diriku kepada fitrah asal secara semulajadi dan sentiasa mengakui ada lompang-lompang yang perlu diisi supaya lekas menjadi mukminah yang sejati.

Segala puji bagi Allah,melimpahkan ujian sebegini awal supaya aku sentiasa beringat. Malah di samping Kau menganugerahi sedikit kekecewaan datang pula kekuatan yang entah dari mana serta kasih-sayang yang tak berbelah bahagi daripada sahabat handai yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk terus berada di medan perjuangan ini.
Sesungguhnya,
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah taubatku ini Ya Allah.

Sesungguhnya Ya Allah, Kau telah tunjukkan aku nikmat Kasih-sayangMu kepada ku dan seluruh umat manusia supaya kami bertaqwa. Namun hati ini masih lalai dalam menikmati segala nikmat yang Kau limpahkan pada diri yang hina ini.Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang, Kau ampunilah dosa-dosaku yang tak terkira banyaknya. Sesungguhnya jika takdir ini yang Kau tentukan untukku...itulah yang terbaik buat diriku.

Wallahualam.

Saturday, January 17, 2009

Dakwah


Jongkang-jongkit Study & Dakwah
www.iLuvislam.com
Wanita sinaran islam
editor: everjihad


“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.”

“ Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk. Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam..”

“ Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit ...”

“Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni? “

“Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya!”

“ Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.”

“ Apa maksud kau?”

“ Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya”

“Aku tidak faham!”

“ Tak pe, aku terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu”.

“ Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?”

“ Tak, itu bukan maksud aku! Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.

“ Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?”

“ Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya


Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

“ Lia dah faham. Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah Lia yang tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut”



“Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam. Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya. Lia, aku ingin berkongsi dua kisah, Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini. Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan? Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna; itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;

Ya Allah,
kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.
Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!


Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab;

‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.’


Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. Keinginan Aya tercapai. Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah. Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya. Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.
Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan. Kata Saidina Umar,

Tegakkan Islam dalam dirimu,
nescaya akan tertegak Islam di bumimu