SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Tuesday, December 21, 2010

Kembali berblog!

nafas baru!

azam baru!

pemikiran baru!

wajah baru!

Wednesday, November 3, 2010

Kepentingan Tarbiyah

Sesuatu hal atau perkara itu tidak akan didokongi mahupun diamalkan melainkan apabila seseorang itu memahami tuntutan dan keperluannya. Seolah-olah, selagi mana dia belum bersedia untuk ‘mahu’ melakukannya, maka dia tidak akan menjadi jiwa atau jasad yang bersedia untuk menanggungnya, bahkan mungkin hanya menjadi pemerhati, pendamping, mahupun penyokong.

Kita lihat contoh yang lebih mudah dalam kehidupan seharian kita. Amat sukar bukan untuk kita mempelajari sesuatu yang kita tidak punya rasa mahu dan cinta untuk pelajarinya? Meskipun melihat kepentingan subjek tersebut kepada pencapaian kecemerlangan akademik kita, tanpa kefahaman mengapa perlu pelajari dan kemahuan untuk mempelajari, maka di akhir sesi peperiksaan, subjek akan tinggal subjek.

Begitu pula sepertinya dakwah ini. Seseorang yang belum ‘bersedia’ untuk mendokong dakwah ini tidak bisa beramal dengan kefahaman yang diberinya selagi mana dia tidak sedar dan faham mengapa dia perlu melakukan demikian. Dalam muqaddimah Dakwah Fardiah oleh al-Ustaz Mustapha Masyhur, beliau menyebut tentang keadaan ummat Islam hari ini. Mereka ialah orang yang lena dan tidur sedang di sebelah mereka ada api yang marak membakar. Kewajipan kita ialah membangkitkan mereka dari lena dan tidur, bukannya memperingatkan mereka tentang bahaya api yang membakar.

Seseorang itu tidak akan mampu atau sanggup untuk memikul taklif dari para naqib atau murabbi, ataupun taklif program, apabila dia tidak mengerti dan faham mengapa dia harus berbuat demikian. Seandainya dia mengerti bahawa taklif tersebut adalah atas kemampuan dirinya dan kebolehan dirinya, juga untuk memantap dan mentarbiyah dirinya untuk tetap teguh dan tsabat maka sudah pasti kita akan melihat satu pencapaian yang cemerlang dalam amalnya. Bahkan pengorbanan yang dia akan lakukan adalah yang terbaik dia mampu berikan lebih dari ekspektasi atau jangkaan taklifnya itu.

Sekiranya dia juga memahami halangan-halangan yang mampu membantutkan proses dirinya untuk melonjak potensi diri, maka kita akan melihat dia meninggalkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan tarbiyyahnya terbantut. Namun, orang yang masih samar-samar, bermain di tepi-tepian, masih bercampur antara al-Haq dan al-Batil, maka dia masih berada dalam bahaya, kerana seandainya dia memahami tuntutan di jalan ini, tentu tarikan fana` tidak mampu untuk menggoda dirinya.

Begitulah salah satu fungsi penting Dakwah Fardiah, untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada ummat manusia, para mad’u mengapa mereka ini diciptakan Allah, kemudian dihantar ke bumi? Juga mengingatkan mereka akan kemuliaan yang telah Allah kurniakan bagi setiap hamba, cucu dan cicit nabi Adam a.s. Apabila para mad’u yang kita mu’ayasyah dan didik secara terus memahami tanggungjawab dan kepentingan dakwah itu ke atas mereka, baharulah mereka akan bersedia untuk mendokong dakwah dan risalah ini.

Sepertimana yang disebut oleh al-Ustaz Mustapha Masyhur, jemaah yang tidak mementingkan persediaan kader-kader dan jundinya memperjudikan nasib badan tersebut untuk melebarkan dakwah dan risalah ke pelusuk bumi Allah. Lihatlah pada marhalah [merujuk kepada ketika Islam berada pada fasa sebelum hijrah] Makkah, ketika mana para sahabat masih belum dibenarkan berperang, dan disaran oleh Allah untuk sabar dan tetap sabar.

Bahkan, ia ialah satu persediaan ke arah pembentukan individu yang mantap dan bersedia untuk mendokong dakwah ini. Para sahabat dan nabi SAW sendiri mendapat tarbiyah secara terus dari murabbinya untuk membentuk jiwa yang kental dan teguh, iman yang mantap dan mapan, akhlak islamiyyah yang indah, dan jasmani yang tegap dan tersedia. Maka, apabila Islam itu telah dikurniakan Allah marhalah Madinah dan telah ia punya daulahnya sendiri, para sahabat bersedia menjadi pendokongnya. Merujuk kembali kepada tulisan al-Ustaz Mustapha Masyhur bahawa Daulah Islamiyyah itu dimulai dari asasnya, bawah ke atas, dan bukan atas ke bawah. Kerana, seandainya di atas, sebuah daulah terbentuk, sedang para pendokongnya ialah orang yang lemah dan tidak bersedia, maka saksikanlah saat kehancurannya. Peristiwa ini bukan tidak pernah terjadi, ia pernah tercatat dalam sejarah.

Peri penting persediaan para dai’e ini juga menuntut mereka memahami dengan jitu fikrah yang mereka selami. Para dai’e dituntut untuk meyakini fikrah mereka, bahawa di sebalik kepayahan dan kesukaran untuk menyebarkan risalah Allah SWT ini, mereka perlu tetap teguh dan utuh. Syed Qutb rah. dan As-Syahid Imam Hassan al-Banna juga menekankan peri pentingnya untuk para ikhwah meyakini fikrah yang mereka bawa kerana tanpa kefahaman yang jitu, para ikhwah akan mudah goyah dan lemah. Juga ia menjadi satu kekuatan pula kepada dai’e tersebut untuk menjadi qudwah kepada mutarabbinya, yakni apabila dai’e meyakini fikrahnya, tentulah kehidupan yang dia hidupkan berasas kepada fikrah yang dia yakini dan tidakkah indah apabila fikrah itu berasal dari manhaj nabi SAW?

Para dai’e yang faham dan yakin akan fikrahnya, tentu sahaja memahami bahawa hakikat iman dan syahadah yang dia persaksikan tidak akan terbukti melainkan dia diuji, maka dengan ujian tersebut para dai’e bukanlah semakin lemah dan tersisih dari jalan dakwah, bahkan dia menjadi semakin teguh dan utuh. Bahawa kuatnya dia untuk mendepani dan mengharungi ujian tersebut menjadikan dia lebih rapat dengan Allah SWT dan diganjarkan dengan tawaran iman yang berganda. Berbanggalah dengan fikrah yang kita miliki, kerana tidak ada suatu apa fikrah pun yang boleh memenangkan bagi kita jannah dan redha Allah, melainkan fikrah yang diasas bertelunjukkan al-Quran dan as-Sunnah.

Dalam memberi kefahaman, kesedaran, dan membangkitkan iman para mutarabbi atau mad’u, tidak lain tidak, melainkan para dai’e lah yang terdahulu menterjemahkan kehidupannya berasaskan fikrah yang dia yakini. Bahawasanya dakwah ini bukan sekadar butiran kata-kata dari mulut, tetapi ialah suatu terjemahan dalam kehidupan. Suksesnya dakwah para dai’e bergantung kepada hubungan para dai’e dengan Allah dan keyakinan para dai’e kepada fikrahnya. Dan fikrahnya itu diterjemah dalam kata-kata, akhlak, dan kehidupannya.

Tidak boleh juga dinafikan bahawa keberjayaan mad’u disedarkan dari lena mereka juga bergantung kepada komitmen para ikhwah kepada Dakwah Fardiah dan tarbiyyahnya. Orang yang memandang remeh kemampuan Dakwah Fardiah di akhirnya akan melihat usahanya menjadi sia-sia kerana mad’unya tidak melekat, apalagi kalau bermalas-malasan.

Apalagi apabila fikrah yang diterjemah itu meresap ke dalam setiap perkara yang terlihat mahu tidak sebagai ibadah. Boleh jadi aktiviti jaulah itu sama sahaja seperti orang lain, namun bezanya para dai’e ialah mereka jelas bahawa jaulah itu niatnya untuk Allah, dan ianya menjadi satu ibadah, di mana setiap sela masa yang ada ialah untuk memperingatkan para kader dakwah dan mutarabbi bahawa alam ini ialah milik Allah dan kebesaran yang terlihat itu ialah tanda-tanda kekuasaannya ke atas alam mahupun ke atas manusia.

Begitu juga tatkala bermain, akhlak islamiyyah menjadi satu esensi dan asasi dalam memastikan Islam itu suatu praktik dalam kehidupan. Batas auratnya, bicara katanya, tidak lari dari menjadi tamsil kebaikan akhlak Islamiyyah yang mulia.

Maka akan terlihat dan terzahirlah Nur Islam yang hakiki itu sehinggakan mampu menambat mana-mana hati tanpa ragu dengan keindahannya. Sedang tiga perkara yang dituntut dari para dai’e dalam melaksanakan Dakwah Fardiah ini jugalah menjadi titik tolak keberjayaan dakwah fardiahnya; sabar, sanggup menanggung tindak balas mad’u, dan mengharap balasan daripada Allah semata.

Friday, October 1, 2010

Saja-saja luahan rasa

Alhamdulillah sehingga saat ini aku masih lagi diberikan peluang untuk hidup, diharap dapat terus
memperbaiki diri sebelum diri bertemu mati.

Habis je dis week, rse tersangatlah lega... assignment byk yg telah disubmit n now currently tinggal one assignment je yang perlu disubmit Ahad nie iaitu Pendidikan Jasmani.

Last week, adalah minggu yg sangat mencabar, minggu hati saya menjadi tersangat sensitif seperti tisu. Ouh~ x dpat nk digambar keperitan hidup membuat assignment demi assignment tanpa laptop yang disayangi. Walaubagaimanapun, rse sangat bersyukur kerana ade insan-insan yang mengerti dan berhati murni telah meminjamkan laptop yang die sayangi. Padaku, pengorbananmu cukup bermakna. Segala jasa baik kawan-kawan akan d'kenang sampai bila -bila. Thanks a looottts pada u all k!

Kisah sedih tentang laptop, tidak mahu sy ceritakan disini....... saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, cuma....terpulang kepada kita, cara untuk kita menterjemahkannya. Next week, akan berlangsungnya amali elektrik....brrrr....ianya sangat menakutkan! Tapi manakan datang kejayaan tanpa usaha dan tawakal kpdNya secara berterusan...ye x? InsyaAllah jika sudah berusaha, hanya kepada Allah sahajalah kita bertawakal. Semoga pada hari kejadian aku diberikan kemudahan untuk menyiapkan amali dan dapat menjawabnya dengan tenang.


Emmm...



Hari ni, keluar ngan member....g jalan-jalan makan roti canai...keluar dgn gembiranya tanpa rase terpaksa. Lagikan pula, kereta tidak d'sewa. Hanya diberi pinjam semata. Maka kami pun beraya sakan pergi ke K.Besut (alamak x kena la plak,hehe).

Sampai K.besut ingat xnk beli pape, tapi entah kenapa...tiba-tiba terpandang kain pasang yang sungguh cantik paras rupa. Alamak, rasa ingin membeli nampaknya. Aiishh...bahaya ni....



Tapi apakan daya, ku turutkan jua hati yang bahagia apabila terlihat kain yang baik rupa.....






Lalu aku bertanya...berapakah harganya????





Lalu...pekedai pun menjawab...murah saja...hanya 60 ringgit Malaysia...




60 ringgit Malaysia!!!!





Emmmm





(berfikir)








berfikir.....






dan terus berfikir...........






dan akhirnya....






dapat jua ku beli kain yang baik rupa dengan harga 50 ringgit Malaysia...hehe..







Akhirnya aku berjaya! Dengan hati yang penuh girang....aku balik dengan muka yg bahgia ^_^

Saturday, August 21, 2010

Semangat yang hilang :(

Iylia, please jadi kuat....

Iylia boleh......

ye BOLEH!

Kuatkan semangat ye syg...

Jangan rasa diri lemah...

Iylia ada Allah, ada family...ada kawan2 yang syg Iylia...

Umat Islam tu kan sentiasa boleh...ye tak??

Takkan baru dengan ujian yang sedikit da rase lemah....

Pasal hal-hal yang lain tu, ketepikan dulu, ok..?

Yang penting sekarang ni........

Iylia buat kerja mana yang penting dulu....Tenangkan fikiran n owez think +ve!

Alah..setakat Assignment TPP tu, InsyaAllah Iylia mampu buat dgn baik..

Yang penting sekarang ni.....

Mesti kena yakin pada kebolehan diri sendiri....

Jangan terlalu bergantung pada orang lain...

Orang lain pun sama je macam Iylia.....diorang pon tertekan gak....

Hope Iylia Faham ye......lagi 2 minggu je nk balik......

Sabar ye sayang.........

Kata-kata Allah, motivasi untuk Iylia :

.....dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih

baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

(Surah An-Nahl : 96)

Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat

kebaikan


(Surah An-Nahl : 128)


Sayang Iylia =)


note: Iylia yang homesick... :(

Sunday, October 18, 2009

Musyawarah Iblis Untuk Menyesatkan Manusia.


Syaitan telah mengadakan pertemuan dengan Iblis dalam skala besar-besaran di mana semua syaitan dari setiap penjuru dunia berkumpul. Di awal ucapannya, iblis berkata:

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam yang mahu ke masjid, kita tidak dapat menghalang mereka membaca Al-Quran dan melakukan kebaikan-kabaikan lain. Malah kita tidak dapat menghalang mereka berzikir kepada Allah. Sebaik sahaja mereka berzikir dan beristighfar kepada Allah, pasti semua rencana kita akan hancur berantakan."

"Oleh kerana itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka,biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai waktu untuk melakukan ibadat kepada Allah."

"Apa yang ingin aku arahkan kepada kalian ialah...." kata Iblis kepada bala tenteranya, "Lalaikan mereka agar jangan sampai mengingati Allah sepanjang hari."

"Bagaimanakah caranya?" jerit para syaitan.

“Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan terapkan pelbagai cara untuk memenuhi angan-angan mereka. Pengaruhi mereka untuk giat berbelanja, berhutang dan mencintai dunia. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja, bercampur gaul dengan lelaki yang bukan muhrim, mendedahkan aurat dan hal-hal yang membolehkan mereka berbuat zina. Sibukkan mereka dengan tugas-tugas seharian dalam bekerja sehingga mereka tidak akrab dan mesra dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mulai retak, maka suasana rumah tangga mereka akan berubah menjadi neraka.”

“Rangsang minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati nurani mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau kaset sewaktu membawa kenderaan atau di jalan-jalan.

“Biarkan televisyen dan alat-alat komunikasi mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang melalaikan dengan para penarinya yang merangsang syahwat. Ini akan mengotori jiwa mereka sehingga mereka malas untuk mengingati Allah.”

“Penuhkan meja-meja rumah dan pejabat mereka dengan majalah-majalah dan akhbar-akhbar yang penuh unsur pornografi. Sumbat jiwa dan minda mereka dengan siaran berita dan hiburan 24 jam tanpa henti. Penuhi jalan-jalan raya mereka dengan iklan2 wanita yang mendedahkan aurat, promosi2 yang menyediakan produk dan tawaran-tawaran istimewa yang berbentuk impian-impian palsu.”

“ Masukkan gambar model2 yang cantik dan ramping di dalam majalah dan televisyen agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaran adalah yang utama. Ini akan menyebabkan para suami bertengkar dengan isteri mereka, lalu si suami mencari wanita lain untuk menyalurkan hasrat biologinya”.

“ Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk melayani suami mereka di malam hari. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka yan sudah retak.”

“Gembar-gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian dan Yahudi agar hati mereka cenderung kepadanya, sehingga anak-anak umat Islam akan mencintai perayaan2 hari besar agama2 lain. Ini akan memudahkan kita untuk memurtadkan anak-anak umat Islam.”

“ Jadikan mereka sibuk, sibuk,sibuk! Dan apabila mereka bertemu untuk membicarakan hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan, cakap kosong, fitnah, adu domba dan kedengkian supaya hati mereka penuh dendam dan kebencian sesama mereka.”

Sibukkan rekreasi dan dipenuhi oleh tekong-tekong doakan yang menawarkan jasa membaca doa.”

“ Kalau semua daya dan usaha masih belum berhasil, datanglah dari depan, belakang, kanan dan kiri mereka di saat mereka sedang sakit atau menderita sakaratul maut. Hiburkan mereka dengan juadah2 kekafiran dan kemunafikan, nesacaya mereka akan mengikuti seruan dan godaanmu! ”.

“Pasti berhasil! Pasti berhasil! Salam sukses!! Salam super!! Silakan bekerja selama 24 jam tanpa henti sedetikpun, lalu lihat hasilnya………!!!”