SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Tuesday, November 11, 2008

Kisah Isabella Part 2

ISABELLA -Part 2 -Pertemuan Pertama

Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya beberapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam memasuki dewan gereja itu, keliihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang. Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai. Para paderi itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.

Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah manyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam. “Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan, maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian”. Kata Micheal.” Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian”. Mendengar kata-kata Umar Lahmi itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap oleh para paderi di situ sebagai orang paling berkebolehan untuk bedebat dengan orang Islam. Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keadaan, berkata: ” Saya diberitahu bahawa bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan”. “Baiklah”, ujar Peter, “sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya”. “Mula-mula…” Umar Lahmi memulakan bicara, ” cuba beritahu saya apakah ”jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran kepada tetangga dan lain-lainnya itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?” “Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang agama.” Jawab Peter dengan cepat. “Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi lagi. “Dikri bagaimana? Saya tidak faham,” jawab Peter. Mengangkat mukanya memandang Umar seperti kehairanan. “Tuan faham benar-benar perkara itu” kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit. “Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja bahawa Saint Paul telah mengangap hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan”. “Saint Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari sudut bahawa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodohnya apabila intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-kelar”. “Begitulah pula yang saya maksudkan,” kata Umar. “Saint Paul yang mengangap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN DIRI dari melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN.”

Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan, “Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa bantuan dari ”;Roh Kudus” dan tidak semestinya pula seseuatu masalah yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah memgangap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama.” Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK mencuri, TIDAK berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?” tanya Umar Lahmi. “Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama,” kata Peter membantah. “cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh Saint Paul. Tuhan kami menyuruh kami mengikut Firman-firman Perjanjian Lama”. “Iaitu untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian Lama * juga,” (*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab 10:25). Kata Umar Lahmi. “Kalau sudah begitu, megapa timbul atau mengapa perlunya perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ”Putera Tuhan”? Iaitu, mengapa harus ada Penebusan Dosa ini apabila Perjanjina Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?” “Kami tidak tahu apa-apa,” jawab Peter debgan suara perlahan. “Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjina Lama tanpa ada penebusan dosa.” “Jadi , Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi, kemudian disambungnya, “Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut.” “Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah penebusan dosa,” Jawab Peter.

Umar Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar memandang kepada muka Peter, ditenung matanya. “mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satru kutukan, kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ”WALI” yang lain untuk membuktikan bahawa ucapan Saint Paul ”hukum-hukum agama itu satu kutukan” adalah tidak benar?” Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri menyampuk dengan suara yang lantang. “Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib”. ” Jangan ikut rasa hati dalam perselisihan pendapat ini,” ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat licin. Dia duduk di sebelah kanan Peter. Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata: “Saudara-saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran ………” Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik ” Cuba kalian lihat, di belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang Islam ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal bapaku tiada disini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang Islam itu…”

*bersambung...

Kisah Isabella Part 1

Nk tau kisah Isabella?? Siape Isabella? Apa istimewanya seorang wanita bernama Isabella? Memandangkan cerita ini agak panjang saya akan buatnya secara berepisod...so, kalo nk tau dengan lebih lanjut.. baca dengan teliti..^_^ selamat membaca!

Isabella: Part - 1

Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalah anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perwatakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.
Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , “…padahal paderi-paderi Kristian itu…..” Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga.

Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian. Salah seorang pemuda itu berkata, ” Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?” Terdengar ketawa kecil kawannya. ” Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri…” Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, ” Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya”. “Diamlah! ” herdik Isabella, “Nanti mereka tahu kita ada di sini”. Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, “Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untuk berhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita.”………….. Surat itu berbunyi : ” Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami.Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis.” (hamba hina agama Kristian).

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu. Kemudian surat itu dibalas oleh Umar … ” Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelasan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelasan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan …” (Hamba hina agama Islam) (Umar Lahmi) …………. Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tempat perbahasan telah ditetapkan di Gereja Cordova pada pagi Ahad...

* bersambung..
Salam.
Artikel telah dihantar oleh seorang rakan yang tidak pernah saya temui..semoga penghantar artikel ini sentiasa dicucuri rahmat. ^_^.. Renungilah akhowatku..

TABARRUJ

Apa yang termasuk dalam pengertian tabarruj?


Hukum tabarruj adalah haram. Wanita yang bertabarruj adalah berdosa kerana ia melanggar arahan Allah di dalam al-Quran iaitu firmanNya;

وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“…dan janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu ….”. (al-Ahzab: 33)

Adapun makna tabbaruj; dari sudut bahasa ia bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata.

Imam Zamakhsyari berkata; hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan.

Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu ia menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka. (al-Halal wa al-Haram, Dr. al-Qaradhawi, hlm. 238).

Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan. (Tafsir an-Nasafi, surah al-Ahzab, ayat 33)

Secara terperinci, perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah:

1. Mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup
2. Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahramnya sahaja.
3. Bertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh mengghairahkan lelaki.
4. Bergaul bebas dengan para lelaki.
5. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher, telinga dan sebagainya.
6. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah memakai gincu bibir, memakai pemerah pipi, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya
.


Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Al-Halal wa al-Haram, Dr. al-Qaradhawi.
2. Tafsir an-Nasafi, surah al-Ahzab, ayat 33.
3. Mu’jam Tafsir Kalimaatil-Quran (Muhammad ‘Adnan Salim dan Muhammad Wahbi Sulaiman).

[1]Lihat; al-Halal wa al-Haram, hlm. 160, Mu’jam Tafsir Kalimaatil-Quran (Muhammad ‘Adnan Salim dan Muhammad Wahbi Sulaiman).


Saturday, November 8, 2008

Rintihan di malam hari


Ya Allah,

Aku mohon padaMu Ya Allah,
Kau tetapkanlah hatiku diatas jalanMu
...yang lurus.

Kau ringankanlah setiap anggota kurniaanMu ini Ya Allah,
Supaya tunduk dan sujud beribadat kepadaMu
dengan penuh kesyukuran Ya Allah..

Kau tenangkanlah hatiku dalam mengharapkan keredhaan
dan cinta agungMu,
Kau campakkanlah rasa takutku setiap kali mendengar namuMu Ya Allah..

Dikaulah sebaik-baik pendengar
Coretan hati ini Ya Allah...
Aku mendamba cintaMu...
Aku mengharap kasihMu...
Aku yang menagih belas dariMu Ya Allah
Kau Jadikanlah aku antara golongan hambaMu yang bersyukur..

Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah...

Sunday, November 2, 2008

Menangislah..!

MENANGIS ....PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS....ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA....??

Kata Ibnu Qayyim – Ada 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :

Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda " Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat, seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, apa yang membuatkan saya menangis atas 3 perkara :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau
neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Wassalam.